PUSAT SUMBER

SK LKTP BUKIT DAMAR, LANCHANG, PAHANG

pss.myskbd.edu.my

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

Khamis

21 April 2022


Telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dengan penglibatan seluruh warga sekolah termasuk Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dan Pekerja swasta.


Program dimulai dengan penyerahan wakaf Al Quran kepada pihak sekolah. Kemudian bacaan buku selama 10 minit. Seterusnya beberapa orang murid tampil untuk membacakan huraian ringkas berkenaan buku yang mereka baca.


Tahniah dan terima kasih


-Unit PSS SKBD

CARA LOGIN KE PORTAL iQ Nilam

Di sini ditunjukkan cara untuk login ke portal iQ Nilam.

Untuk mendapatkan ID Delima, sila klik SINI. Jika anda terlupa password ID Delima, sila hubungi guru anda. Terima kasih.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Aktiviti meningkatkan keberkesanan PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam minggu orientasi murid baru dan lain-lain aktiviti.

PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK

Pelaksanaan program NILAM yang ditambahbaik ini lebih memberi perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca di samping mengekal kuantiti bacaan. Dari segi kualiti, murid mempunyai banyak pilihan bahan bacaan sama ada bahan buku, atau bahan bukan buku seperti brosur, poster, risalah, artikel, komik, majalah, laporan, jurnal, bahan pembelajaran digital yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan format. Jumlah bacaan buku oleh murid yang terdapat dalam objektif NILAM terdahulu masih dikekalkan (yang bersifat kuantitatif) tetapi telah ditambah baik dari sudut kualitatif melalui kualiti buku yang baca. Pengukuran kualiti buku diukur melalui jumlah muka surat yang dibaca. Jumlah minimum muka surat telah ditetapkan bagi setiap kumpulan umur murid. Semakin tebal atau banyak muka surat buku yang dibaca maka semakin banyak mata ganjaran akan diberikan.

Pekeliling Panduan Pelaksanaan Nilam di sekolah. Sila download

NILAM

- ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.


- Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.


- Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.


APAKAH MATLAMAT PROGRAM NILAM ?

- Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.


APAKAH OBJEKTIF PROGRAM NILAM ?

- Menjadikan murid banyak membaca

- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini


BILAKAH PROGRAM NILAM BOLEH DILAKSANAKAN ?


- Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.


- Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.


- Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.


TAHAP NILAM


Program NILAM mempunyai dua tahap:


Tahap I – JAUHARI


Tahap II – RAKAN MEMBACA


Tahap JAUHARI


  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.

  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.

  • Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui PSS dan lain-lain sumber.

  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

  • Markah dikira mengikut jumlah buku yang dibaca.


Tahap RAKAN PEMBACA (RP)

  • Kebolehan murid membimbung dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.

  • Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap RP.

  • Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.

  • Buku yang dipinjam dari PSS atau sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.

  • Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman,pendengar dan pembaca.